kisahku...

Wednesday, March 19, 2008

Rumah Limpahan Kasih
























































Allah S.W.T
berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Alhamdulillah, pada 7 Mac 2008, pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang mengambil kursus Bahasa Dalam Multimedia telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, Puchong. Program mesra bersama anak yatim yang melibatkan aktiviti nyanyian, sukaneka, persembahan dan sebagainya ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan. Disini kami telah melihat bagaimana kehidupan insan-insan yang istimewa ini terutamanya kanak-kanakyang masih belum mengenai erti kehidupan yang sebenarnya. Tanpa belaian seorang ibu curahan kasih seorang ayah mereka berazam meneruskan kehidupan. Secara peribadi saya melahirkan rasa sayu dan sedih. Namun kecekalan mereka membuatkan hati ini berbangga dengan insan ini. Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana masih dikurniakan Keluarga yang lengkap.

Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!


Sama-samalah kita menghargai kedua orang tua kita semasa masih wujud dimuka bumi ini...



No comments: