kisahku...

Wednesday, March 12, 2008

Penyakit Hati

Pernah dengar pepatah Melayu lama yang berbunyi "Ikut hati mati, ikut rasa binasa"? Rasanya ramai yang dah pernah mendengar pepatah ini tetapi ramai juga yang masih gagal untuk jadikan pepatah lama ini sebagai panduan mahupun tauladan apatah lagi mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sejarah di zaman nabi Adam A.S. pernah berlaku di mana ia merupakan pembunuhan pertama di atas dunia. Pembunuhan tersebut meli
batkan kedua putera nabi Adam A.S iaitu Habeel dan Qabeel yang berdendam dan tidak puas hati kerana berebutkan seorang wanita.

Begitu juga dengan kisah Firaun yang tamakkan kuasa dan menakluk segalanya serta mengaku bahawa dialah tuhan sekalian alam biarpun banyak manusia tersiksa dan merana. Ini semestinya di dorong oleh hati yang busuk dan kotor.

Kalau kita tengok pula keadaan dunia sekarang
yang kadar jenayahnya meningkat dari hari ke hari. Percabulan, pembunuhan sadis dan kejam, penipuan, rasuah dan pelbagai jenayah lain bagaikan makanan harian manusia hari ini. Ringkasnya kalau tak ada jenayah bukan zaman majulah kita.Dari mana datangnya niat melakukan hal-hal negatif ini? Tentunya dari hati.

Benarlah kata pepatah Melayu lama itu, kita terlalu mengikut rasa hati yang semestinya mematikan diri kita. Semua ini penyakit hati yang sepatutnya dibendung oleh diri kita sendiri. Seperti runtutan hati yang diabadikan dalam sebuah syair Arab yang berbunyi " Hati adalah menteri yang menasihati".

Rosak hati rosaklah diri. Bila berdepan dengan masalah atau kekecewaan kita mudah mengambil jalan mudah untuk menyelesaikannya padahal masalah tersebut tidak pernah selesai kerana ia menjadi beban kepada orang lain. Kekecewaan itu tidah pernah terubat kerana kita hanya lari dari masalah tersebut. Jadi tak hairanlah kenapa manusia sekarang bunuh diri bila berhadapan dengan tekanan.

Fikirkan kembali, di mana silap kita. Kita digariskan dengan pelbagai panduan dan dorongan untuk berhadapan dengan hidup. Dugaan
tetap datang, cabaran tetap menjelang. Tapi kita perlu ingat yang hidup perlu diteruskan. Kita yang memilih jalan mana untuk diikuti. Untuk memilih tentunya kita tanya pada hati.

Jadi, tanyalah hati...


daLaM hAti
-neoamalna-

No comments: