kisahku...

Wednesday, March 19, 2008

Rumah Limpahan Kasih
























































Allah S.W.T
berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Alhamdulillah, pada 7 Mac 2008, pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang mengambil kursus Bahasa Dalam Multimedia telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih, Puchong. Program mesra bersama anak yatim yang melibatkan aktiviti nyanyian, sukaneka, persembahan dan sebagainya ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan. Disini kami telah melihat bagaimana kehidupan insan-insan yang istimewa ini terutamanya kanak-kanakyang masih belum mengenai erti kehidupan yang sebenarnya. Tanpa belaian seorang ibu curahan kasih seorang ayah mereka berazam meneruskan kehidupan. Secara peribadi saya melahirkan rasa sayu dan sedih. Namun kecekalan mereka membuatkan hati ini berbangga dengan insan ini. Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana masih dikurniakan Keluarga yang lengkap.

Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!


Sama-samalah kita menghargai kedua orang tua kita semasa masih wujud dimuka bumi ini...



Wednesday, March 12, 2008

Penyakit Hati

Pernah dengar pepatah Melayu lama yang berbunyi "Ikut hati mati, ikut rasa binasa"? Rasanya ramai yang dah pernah mendengar pepatah ini tetapi ramai juga yang masih gagal untuk jadikan pepatah lama ini sebagai panduan mahupun tauladan apatah lagi mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sejarah di zaman nabi Adam A.S. pernah berlaku di mana ia merupakan pembunuhan pertama di atas dunia. Pembunuhan tersebut meli
batkan kedua putera nabi Adam A.S iaitu Habeel dan Qabeel yang berdendam dan tidak puas hati kerana berebutkan seorang wanita.

Begitu juga dengan kisah Firaun yang tamakkan kuasa dan menakluk segalanya serta mengaku bahawa dialah tuhan sekalian alam biarpun banyak manusia tersiksa dan merana. Ini semestinya di dorong oleh hati yang busuk dan kotor.

Kalau kita tengok pula keadaan dunia sekarang
yang kadar jenayahnya meningkat dari hari ke hari. Percabulan, pembunuhan sadis dan kejam, penipuan, rasuah dan pelbagai jenayah lain bagaikan makanan harian manusia hari ini. Ringkasnya kalau tak ada jenayah bukan zaman majulah kita.Dari mana datangnya niat melakukan hal-hal negatif ini? Tentunya dari hati.

Benarlah kata pepatah Melayu lama itu, kita terlalu mengikut rasa hati yang semestinya mematikan diri kita. Semua ini penyakit hati yang sepatutnya dibendung oleh diri kita sendiri. Seperti runtutan hati yang diabadikan dalam sebuah syair Arab yang berbunyi " Hati adalah menteri yang menasihati".

Rosak hati rosaklah diri. Bila berdepan dengan masalah atau kekecewaan kita mudah mengambil jalan mudah untuk menyelesaikannya padahal masalah tersebut tidak pernah selesai kerana ia menjadi beban kepada orang lain. Kekecewaan itu tidah pernah terubat kerana kita hanya lari dari masalah tersebut. Jadi tak hairanlah kenapa manusia sekarang bunuh diri bila berhadapan dengan tekanan.

Fikirkan kembali, di mana silap kita. Kita digariskan dengan pelbagai panduan dan dorongan untuk berhadapan dengan hidup. Dugaan
tetap datang, cabaran tetap menjelang. Tapi kita perlu ingat yang hidup perlu diteruskan. Kita yang memilih jalan mana untuk diikuti. Untuk memilih tentunya kita tanya pada hati.

Jadi, tanyalah hati...


daLaM hAti
-neoamalna-

DI MANA SHARLINIE?

Tuesday, March 11, 2008

Adakah kamu sayangkan seseorang sebanyak ini?

Seorang lelaki dan teman wanitanya menaiki motosikal dengan kelajuan melebihi 100 Km/J.

P: Perlahanlah awak. Saya takut.
L: Tak nak. Tak seronok ke?

P: Tak. Tolonglah, saya takut sangat - sangat!

L: Kalau begitu, katakan yang awak menyayangi saya.

P: Baiklah, Saya sayangkan awak. Cepat perlahankan motor awak!

P: Ok. Sekarang peluk saya kuat -kuat.


Perempuan itu pun memeluk teman lelakinya.

L: Boleh tak awak tolong bukakan topi keledar saya dan pakaikan pada awak? Topi ini merimaskan saya.

Pada keesokkan harinya, di dalam sebuah akhbar : Sebuah motorsikal hancur apabila terlanggar sebuah bangunan akibat daripada kerosakan brek. kejadian melibatkan dua mangsa tetapi hanya seorang mangsa sahaja yang masih hidup.



-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



Cerita sebenar kejadian ini ialah, teman lelaki wanita tersebut menyedari bahawa brek motorsikalnya tidak lagi berfungsi tetapi tidak mahu teman wanitanya mengetahui hal tersebut. Kerana sayangkan teman wanitanya itu, lelaki tersebut meminta teman wanitanya menyatakan bahawa dia menyayanginya dan memeluknya buat kali terakhir. Selepas itu dia meminta teman wanitanya memakai topi keledarnya. Oleh itu, dia dapat pastikan teman wanitanya hidup walaupun menyedari bahawa nyawanya akan hilang.
Sayangkah kita pada orang yang kita sayang? Dan sebanyak inikah kasih sayang kita kepada mereka?
Gembiralah
sementara kita masih mampu bernafas

Gembiralah
selagi kita mampu hidup di bumi Tuhan

Maka,
gembiralah

kita disamping orang yang menyayangi kita


Kerana itu adalah yang palin
g
menggembirakan...





-neoamalna-

Senyuman =)





Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum membawa titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

"Awak Kawan Saya"




Awak kawan saya...


Dan saya sentiasa harapkan yang awak tahu...


Tahu bahawa saya adalah kawan awak...



Awak kawan saya...

Tak kira apa berlaku


Saya akan berada bersama awak...


Saya sentiasa bersama menemani awak


Bila-bila waktu awak perlukan saya


Untuk tolong awak...


Untuk gembirakan Awak...


Untuk awak tersenyum kembali...




Saya akan selalu bersama awak

sehingga hujung waktu...



ikhlas, neoamalna

Kisah Selembar Bulu Mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu".

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul- betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia
sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi- saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi- saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat
berduka, sebab sebentar lagi bakal dijerumuskan ke dalam Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia
telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya,

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."


"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya,pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah
dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari
neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga,

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

LAWAK UNTUK DIFIKIRKAN


Kalau anda fikir anda masih islam...bacalah. Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... Kalau lebih dua minit, itu bukan membaca la..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada waktu solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik,

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi itu, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata,

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan solat Jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman"

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak sembahyan Jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun bila waktu sembahyang Jumaat.. tunjuk muka pada orang kampung.. ada lagi dashyat, setahun 2 kali sahaja.. bila waktu sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawakkan, kita boleh bersembang dengan teman lelaki atau teman wanita berjam - jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh menghantar banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tetapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel - artikel yang berunsur keagamaan"

Lawakkan ? Kenapa gelak, itu kan realiti..

Kawan


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Tips Persahabatan

Rasulullah S.A W.bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dikaratkan oleh air".Bila seorang bertanya,"Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?".Rasulullah s.a.w.bersabda,"Selalu ingat mati dan membaca Al-Quran."



1.Ketahanan bergurau senda,adat bergurau terlebih usik.Pastikan kita dan sahabat saling boleh
menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ia berlaku.



2.Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.



3.Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang atau kaum keluarganya.



4.Perkara sensitif seperti gaji,kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.



5.Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi.



6.Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan diri sendiri,diri kita tidak tentunya baik.



7.Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.



8.Berita baik atau sedih sahabat,biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahuinya. Ini tanda kita menghormatinya.



9.Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.Beri peluang sahabat bersendiri.Jikalau terlalu berdampingan,mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.



10.Jika salah seorang marah,beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jangan dibalas,berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk.Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan dihati yang pasang surut.



11.Sewaktu sahabat sedang marah,elok mendiamkan diri.Jikalau dia mengomel,dengar dan angguk.Itu lebih baik daripada membuat komen.Ia boleh memburukkan keadaan.



12.Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita,seperti kekayaan,kecantikan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita kemana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yg dikurniakan oleh Allah s.w.t




sumber : man utd forever, Anakmelayu.com


4 Perkara Untuk Sihat - Petua Imam Shafie

Kesihatan tubuh badan amat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Kehidupan Islam itu sendiri menyarankan pengamalan cara hidup yang sihat kepada setiap umatNya. Kepada anda yang inginkan badan yang sihat, cergas dan bertenaga selain dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang teratur, apa kata anda cuba empat petua dari Imam Shafie ini.

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Selamat mencuba!

Wednesday, March 5, 2008

MenGaPA CinCin PerNiKaHaN HarUs DiTaruh Di Jari Manis??


# TEmukaN TeLapAK TanGan Anda, JarI TenGah diLekuk Ke daLam # KemUdiaN 4 Jari Yang Lain Pertemukan HujuNgNya # PerMaiNan DimUlakAn, 5 PasaNg Jari Tp HanYe 1 PasaNg Yg x TerPisaH... # CuBa BuKa IbU JarI AndA, Ibu JarI MewaKiLi Org Tue, IbU JaRi Bisa DBukA KeraNA SeMUa ManusIa MengaLami SaKit & MaTi. MaKNeNye Org Tue KitE AkaN MeningGaLkan Kite 1 Hari Nati... # TuTup KemBalI Ibu Jari, kemUdian BukA Jari TelunJuk aNda<>


(sumber dari fivexull)

Shin Chan


Anda Kenal SHIN CHAN???

Bila bercakap tentang siri kartun ini ramai yang akan memberikan persepsi masing-masing...

Shin Chan yang mempunyai pelbagai karakter yang tidak sesuai dengan umurnya menyebabkan kawan-kawan serta ibu bapanya tidak selesa.

Tapi ada juga sesetengah individu yang menyatakan Shin Chan merupakan siri kartun animasi yang menarik...

Disebabkan itulah min berminat dan tertarik untuk mengkaji tentang sejauh mana pengaruh Shin Chan ini kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Kajian ini merupakan suatu kajian penyelidikan yang berorientasikan permasalahan. Ibu bapa beranggapan bahawa siri animasi kartun Shin Chan di NTV 7 banyak membawa kesan negatif kepada anak-anak mereka dan mereka berpandangan bahawa siri kartun tersebut boleh mempengaruhi dan mengubah tingkah laku anak-anak mereka. Persepsi ini mungkin benar ataupun salah.

Jika kita sebagai individu yang prihatin mungkin kita kan menyedari bahawa isu siri kartun Shin Chan ini pernah dibangkitkan di Dewan Parlimen oleh Puteri Umno. Isu ini menjadi gamat seketika dalam dewan Parlimen kerana kredibiliti sektor penyiaran dipertikaikan. golongan ini berpendapat bahawa siri kartun ini tidak sesuai ditayangkan kerana unsur-unsur yang disampaikan oleh watak kartun Hin Cahn tersebut tidak memberikan impak positif malah menjadikan kanak-kanak lebih bersikar tidak hormat kepada ibu bapa.

Kajian min masih belum selesai. Min akan cuba mendapatkan maklum balas dari ibu bapa untuk membuktikan sama ada siri kartun Shin Chan ini benar-benar memberikan atau meninggalkan impak yang negatif kepada kanak-kanak.

Bagaimana dengan ANDA....???




Tuesday, March 4, 2008

Kesukarelawan Pada Masa Kini...

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering mendengar, melihat dan membaca seseorang, sebuah lembaga atau kumpulan-kumpulan melakukan kegiatan sukarela. Kegiatan tersebut bertujuan untuk membantu orang lain agar keluar dari permasalahan sehingga lebih baik dalam menghadapi hidupnya. Dari sini kegiatan sukarela mampu memupuk semangat bermasyarakat agar lebih bekerjasama, tolong-menolong dan prihatin akan hidup orang lain. Tambahan pula, kegiatan sukarela ini selaras dengan ajaran semua agama yang menggalakkan umatnya untuk saling bantu-membantu dan berganding bahu di dalam perkara-perkara kebajikan kerana dengan melakukan amal kebajikan akan mampu menghilangkan segala kejahatan sebagaimana firman Allah Subhanahu Taala di dalam Surah Huud ayat 114 tafsirnya:

"Sesungguhnya segala kebaikan itu dapat menghapuskan segala kejahatan.''

Dalam hadis Baginda, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga menggalakkan umatnya untuk melakukan kebajikan kepada orang lain. Sebagaimana dalam hadis Baginda yang bermaksud:

"Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkah laku yang paling disukai ialah yang menggembirakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.''

semangat kesukarelaan dikatakan hampir mati. Ada yang sinis mengatakan bahawa orang hanya akan menyumbangkan sesuatu secara sukarela sekiranya ada `4T', iaitu kemeja T, teh, tambang dan liputan televisyen. Dari segi lain, ada pula kekangan tertentu membantutkan kesukarelaan, iaitu kurangnya pengiktirafan, kemudahan, jaringan dan promosi.

Namun begitu, arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada pengurusan universiti untuk mengambil tindakan bagi menarik lebih ramai penglibatan pelajar semua kaum dalam kegiatan sukarelawan mesti diberi perhatian serius. Ini kerana hubungan antara universiti, mahasiswa dan kesukarelawanan adalah berkait rapat dan ia juga meletakkan menara gading itu di tengah-tengah masyarakat yang merupakan medan sebenar aktiviti mereka. Di samping itu, universiti merupakan pusat tempat mendidik mahasiswa untuk melahirkan para pemimpin dan pelopor bagi negara yang mampu memberi sumbangan kepada rakyat dan masyarakat. Aktivisme kesukarelawanan melalui kerja-kerja amal ini mendatangkan manfaat dua hala, baik bagi mahasiswa berkenaan mahupun anggota masyarakat yang menerimanya. Di sini dapatlah dilihat betapa berkait rapat antara mahasiswa dan rakyat melalui kerja-kerja amal berbentuk sukarela. Dengan kesedaran terhadap kepentingan kesukarelawanan, pihak pentadbir universiti yang mempunyai peranan besar mendukung usaha mewujudkan mahasiswa unggul akan selanjutnya berjaya menjadikan menara gading benar-benar berfungsi untuk masyarakat, rakyat dan negara.